Alhamdulillah... ada sinar disitu. Untuk kebaikan semua.. harap bersabar, bagi @msn_malaysia_official & @kbsmalaysia setting SOP @sazalisamadgym with @make_repost
・・・
#repost
•••••••
@reezal_merican Hari ini, seperti mana saya maklumkan tempoh hari, pasukan @kbsmalaysia telah membentangkan permohonan kelonggaran untuk Sektor Sukan dan Rekreasi dalam tempoh PKP di Mesyuarat Teknikal @mkn_rasmi yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang sentiasa prihatin dan mendengar suara penggiat dan pemain industri sukan khususnya untuk kelangsungan perniagaan yang terjejas. Ini termasuklah cadangan dan pendekatan serta SOP kelonggaran yang menyentuh keseimbangan antara kelangsungan ekonomi dan kesihatan awam.
Begitu juga ahli-ahli mesyuarat Teknikal MKN, khususnya team KKM dan MKN yang memberikan sokongan, nasihat dan panduan agar model gelembung sukan dapat dijadikan asas kepada kelonggaran di dalam PKP ini.
Team KBS dan MKN sedang meneliti dan memperincikan beberapa perkara lagi dalam SOP dan pendekatan yang terbaik untuk pertimbangan dan keputusan muktamad dalam masa yang terdekat. Ini termasuklah cadangan dan SOP yang melibatkan aktiviti sukan outdoor, gym, dan lain-lain dalam kawasan kejiranan dan aktiviti yang tidak melibatkan persentuhan serta tanpa kehadiran orang ramai.
KBS juga akan menggerakkan pasukan pemantau, Rakan Muda Sports Bubble Volunteers sebagai satu langkah proaktif bagi memastikan pematuhan terhadap SOP yang akan dikeluarkan kelak.
Selain itu juga, SOP latihan atlet dan pasukan-pasukan dalam liga secara quarantine-based approach dan pengasingan kendiri serta SOP kejohanan industri sukan berimpak tinggi seperti liga bola sepak (MFL) liga hoki (MHL) dan liga takraw (STL) juga telah dibentangkan oleh KBS mengikut model gelembung sukan (Sports Bubble).
Perkara ini sedang diteliti oleh Kerajaan dan sebarang keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat. Saya optimis dengan keputusan ini dan berharap ia akan memberi sedikit kelegaan kepada sektor sukan dan rekreasi. Apa pun, our battle against COVID-19 is not over yet. Kita mesti jaga kita.
#TeamKBS